Kek Zebra
(resepi Noraini Zakaria)
Bahan2
250gm mentega
220gm tepung kek-ayak
1 sudu teh serbuk penaik-ayak
200gm gula kastor
50gm susu cair
4bj telur gred A
1 sudu makan koko
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh emulco coklat
Cara2nya
Guna acuan 8inci
Panaskan ketuhar pada suhu 180 c (my oven 160 jer)
Satukan mentega, gula dan esen vanila dlm mangkuk pukul hingga kembang dan putih.
Masukkan telur sebiji-biji sambil dipukul hingga sebati.
Kemudian masukkan tepung yg telah diayak bersama serbuk penaik sambil dikacau berselang seli dgn susu.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian sama banyak.
Satu dibiarkan warna asal dan satu lagi dimasukkan koko dan emulco.
Ambil satu senduk warna asal dan tempokkan di bahagian tengah acuan. Diikuti pula aduan warna coklat. Buat cara yang sama hingga adunan habis.
Goyangkan acuan supaya adunan rata.
Bakar selama 1jam.
No comments:
Post a Comment