Selamat Datang ke My Cinta Coklat....



Thursday, June 24, 2010

Resepi


Crispy Chocolate Bar


Bahan-bahannya:-
250gm milk chocolate
45gm bubble rice

Cara membuatnya:-
-Cairkan milk chocolate.
-Masukkan bubble rice dan kacau sebati sehingga menyaluti semua bubble rice.
-Masukkan ke dalam acuan bar .
-Keraskan chocolate di dalam peti sejuk- 20-25minit.

Tuesday, June 8, 2010

Monday, June 7, 2010

Kelas Membuat Coklat dirumah Kak Aidah

Kelas pada 5hb Jun baru-baru ni dibuat di rumah Kak Aidah di Bukit Sekilau, Kuantan. Nissa dari KMC yang juga pakar catur pun belajar membuat coklat.
Kak Aidah yang akan berangkat ke Mekah 3 hari lagi tapi masih sempat nak belajar.
Kelas minggu ni memang seronok. Pada mulanya sebelum ke rumah Kak Aidah aku agak berdebar jugak bukan apa kelas dirumahnya bagaimana pulak ngan orangnya. Hehe debaran ku hilang sebaik sahaja aku berada dirumahnya. Kak Aidah seorang yang mudah bergaul mesra dan anak-anaknya juga mesra baik 2 orang anak jejakanya dan anak gadisnya. Meriah sungguh rumah.
Bukan itu sahaja aku dapat merasa sajiannya yang simple dan sedapppppp. Pun sempat lagi aku belajar buat spaghetti.
Dalam kesibukan belajar wat cokelat tu Kak Aidah sempat mengajar ku membuat blog link hehe aku ni memang tak pandai sangat tang computer ni. Thanks ya Kak Aidah.
Bila dah macam-macam nak belajar tu aku terlupa nak mengambil gambar coklat-coklat yang di buat oleh Kak Aidah dan Nissa.
Nanti nak cuba mintak ngan Kak Aidah dan Nissa untuk ku pamerkan disini. Tunggu Kak Aidah pulang dari umrah lah, malas nak ganggu dulu.
Buat Kak Aidah selamat berangkat ke Mekah dan selamat pulang.

chocolate

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails