Selamat Datang ke My Cinta Coklat....



Tuesday, January 31, 2012

Coklat Tempahan Umi Azmi-Ampang

My doter QieQie yg suka berposing...jadi model coklat










Ikan Kembung Sweet -Sour



Bahan-Bahan:
3-4 ekor ikan kembung [dibersihkan dan kelarkan]
garam dan kunyit

Bahan untuk sos:
5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1 cm halia (dihiris halus)
5 sudu besar sos tomato 
3 sudu besar sos cil 

2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
1 btg lobak merah-dipotong dadu 
1/2 cup nanas-dipotong dadu
2 biji cili merah (dipotong nipis)
sedikit air -anggaran 1/2 cup
1 biji tomato (belah 6)
1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
Garam dan gula secukup rasa
minyak

Cara:
1. Ikan dilumurkan garam & kunyit. dan 
2. Gorengkan dalam minyak sehingga masak.
3. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia. 
4. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram, kicap dan air. 
5. Masukkan lobak merah-biar mendidih.
6. Masukkan juga cili potong,nanas, garam dan gula.
7. Setelah kuah pekat, tuangkan ke atas ikan kembung goreng tadi dan
 tabur daun bawang & daun sup.
 

Tuesday, January 24, 2012

Chocolate Warmer Untuk Dijual


Chocolate Warmer
Mesin mencair coklat
Rm170-

Kelas Homemade Coklat di Kota Bharu, Kelantan



Kelas Homemade Coklat
Yuran Rm250-

-mengenali jenis2 coklat- couverture/real coklat dan compound
-penyediaan coklat dgn teknik pencairan dan tempering
teknik-teknik pembuatan coklat
-membuat pelbagai rasa/inti-membuat lollipop, love box, coklat bar, dll bentuk
-membuat coklat conflakes
-coklat oreo
-coklat oreo edible image
-teknik membuat coklat menggunakan teknik transfer sheet
-teknik mewarna cokla
t-mengenali jenis2 acuan
-nota lengkap-resepi, alamat pembekal coklat, kotak, mould
-terhad kepada 4 orang setiap kelas
(Anda akan bawa balik coklat yang dipelajari)
~Cara Buat Inti/Ganache Untuk Praline Chocs(Strawberry/Orange/Mango)
Jadual Kelas : Setiap SabtuMasa : 9:00 am - 5:30 PM (hingga selesai)
*Deposit RM50 Diperlukan Untuk Booking Class.
Baki bayaran boleh dijelaskan semasa menghadiri kelas.

Kelas Muffin di Kota Bharu



Pelajari cara- cara buat muffin yang enak dan mudah.
5 resepi muffin
-muffin coklat
-muffin buah-buhan
-muffin coklat banana/pisang
-muffin oreo
-muffin strawbeery/blueberry

Kelas PopCake / Cakeball di Kota Bharu



Pelajari membuat popcake -adunan kek coklat & cheese 
Pelajari membuat Cakeball- adunan kek coklat dgn lempahan mewah coklat..yummy.
Sesuai dijadikan doorgift or hadiah...
Modul:-
-cara buat kek coklat yg sesuai dgn popcake & cakeball
-cara buat frosting-cheese
-cara mendeco
-cara salutan coklat
-buat popcake jenis ball dan loli (batang)

Friday, January 13, 2012

Order dari Syaidatul Shafiqah-Pulau Pinang












Italian Chocolate Holiday Cookies

Nampak cam sedap jer...
Tiada masa lagi nk cuba buat..

Italian Chocolate Holiday Cookies

Coklat utk Solehin -Kemaman Terengganu



Resepi Tomyam Campur- Best...


Resepi Tomyam Campur
Bahan2nya.

100g isi ayam  ( di potong kecil )
100g daging (di potong kecil)
10 ekor udang
3 ekor sotong  ( potong kecil )
1 1/2 – 2 liter air stok ayam atau daging ( satu periuk sederhana )
3 batang serai
1 inci lengkuas ( dihiris)
250gm cendawan tiram
10 biji cili padi ( di ketuk )
1 biji tomato
2 labu bawang besar ( potong baji atau potong bulat )
2 sudu makan pes tomyam
1 kiub ayam/daging ( jika suka)
2 camca teh sos ikan ( sos nampla)
1 camca teh gula ( jika suka)
daun ketumbar secukupnya
3-4 helai daun limau purut
3-4  sudu besar air limau nipis ( ikut banyak mana kuah  anda)
Cara Penyediaan
1. Didihkan air stock ayam/daging dalam periuk.
2. Masukkan isi ayam dan daging . Masak sehingga daging dan ayam empuk.
3. Masukkan pes tomyam, udang, serai, lengkuas, daun limau purut, cili padi, cendawan dan bawang merah.
4. Biar mendidih masukkan stok ikan, gula, garam, jus limau, tomato dan daun ketumbar.
5. Angkat dan hidangkan.
Resepi dari Majalah Rasa

Biskut Coklat Cips


Bahan A 

250 g butter
 
160 g gula halus 
1 biji kuning telur 
1 s/k esen vanilla 
Bahan B [gaul rata] 

230 g tepung gandum] 
20 g serbuk koko ] ayakkan 
100 g coklat cips 
50 g white coklat cips [boleh gantikan dgn coklat rice] 
50 g badam cincang [roasted] 
50 g nestum 
Cara 

1. Gaulkan butter dan gula sehingga sebati. 
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau rata. 
3. Masukkan bahan B perlahan dan kacaukan dengan senduk kayu. 
4. Sudukan adunan kecil2 [besar guli] dalam loyang. 
5. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 180'C selama 25 minit atau sehingga masak. 
6. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara. 



Resepi dari Chef Hanieliza. Best sangat...

Wednesday, January 4, 2012

Ice Blended Powder- Produk Terbaru





Rm17.00 skg
Chocolate
Choc Milk
Vanilla
Latte
Mocha
Cappuccino
Dark Choc
Vcoffeechoc

My Sister in law yg berniaga ice blended kat depan rumah dia.
Klu ada yang nk beli powder ice blended ni di sekitar Kuantan boleh 
terus berhubung dengan my sis Fida 017- 8814066





chocolate

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails