Selamat Datang ke My Cinta Coklat....



Sunday, April 10, 2011

Chocolate Cake Moist



KEK COKLAT MOIST
Resepi cnp dari http://mamawandiha.fotopages.com/?entry=1176931

Bahan-bahan

1 ½ cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko (saya tambah 1 sb milo -utk lebih sedap)
1 sudu teh garam halus
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
(Campurkan semua bahan diatas dan ayak 3 kali)
1 cawan minyak jagung
1 ½ cawan gula halus
1 cawan susu cair
2 biji telur
1 cawan air panas mendidih

Cara-cara :-
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah.
2. Gaulkan minyak jagung dengan gula sehingga sebati.
3. Masukkan telur dan gaul lagi hingga sebati. Masukkan susu cair dan kacau rata.
4. Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit dan gaul hingga
sebati.
5. Campurkan air panas mendidih dan gaul lagi hingga sebati.
6. Tuang pada tin pembakar yang telah disapu minyak jagung. Bakar sehingga masak. Untuk
pastikan kek masak ialah dengan cara cucukkan lidi penguji. Bila lidi keluar bersih bermakna
kek dah masak.
7. Sejukkan dan hiaskan dengan coklat topping.

Tidak boleh menggunakan mixer. Apabila menggaul hendaklah gaul semua bahan dalam satu putaran sahaja. Kek harus dibakar sebaik sahaja sesudah mencampurkan air panas ke dalam adunan.


No comments:

chocolate

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails